Friday, October 23, 2009

MARI SINI (",)

> think 4 a moment >
Anda fikir anda tewas,maka anda akan tewas..
bila anda fikir anda takut,maka anda akan takut..
jika anda suka menang,tetapi anda fikir andatidak boleh,
maka anda tidak akan menang..
Jika anda fikir anda kalah,maka anda akan kalah..
kerana di dunia telah kita temui,kejayaan bermula dari niat insan,
semuanya tertanam dalam mindanya..
Jika anda fikir anda tersisih,anda betul tersisih..
anda patut berjiwa besar untuk maju..
anda patut yakin pada diri sebelum anda boleh memenangi hadiah..
Perjuangan hidup tidak sentiasa tampil kepada insan yang kuat dan pantas..
Lambat laun insan yang menang ialah insan yang berfikir dia boleh..
*MATLAMAT*"
No body plans to fail,
but many fail to plan,
so lets plan our work,
and work our plan
"ketabahan hati membolehkan kita mencapai matlamat kita..
tidak cukup hanya mengetahui matlamat kita,
itu hanyalah apa yang hendak kita lakukan..
kita juga patut mengetahui bagaimana,iaitu tujuannya..
tujuan itulah bateri kepada kita..
tujuanlah yang membolehkan kita bergerak maju..
untuk mencapai matlamat anda,anda perlu menguruskan diri anda..
tetapi untuk menguruskandiri anda,
anda perlu terlebih dahulu menguruskan masa anda..
*MASA*
Ada orang kata,masa itu wang..
ada orang kata,masa itu emas..
ada juga yang kata,masa itu hampas tebu..
tapi untuk orang yang berjaya,masa itu kehidupanduniawi dan ukhrawi..
menunda sesuatu perbuatan baik kerana menunggu waktu
yakni yang lebih baik menandakan tanda kebodohan telah mempengaruhi jiwa..
kekayaan yang hilang boleh dikejar kembali dengan usaha dan kerja bersungguh-sungguh..
kesihatan yang hilang boleh dikembalikan dengan ubat-ubatan
tetapi waktu yang hilang,sekali hilang terus hilang..
Cara manusia bertindak bergantung kepada sikapnya..
cara dan bersikap bergantung kepada kesimpulannya..
cara dia mengambil kesimpulan bergantung kepada cara dia berfikir,
dan cara dia berfikir bergantung kepada pengetahuan dan pengalamannya..
bila kita lebih positif terhadap diri kita,
kita akan menjadi lebih berjaya dari apa yang pernah kita impikan..

1 comment: